MENU
Image resize threshold of 10 remote images has been reached. Please use fewer remote images.

Kerja-kerja sanitasi dan disinfeksi bagi kawasan tumpuan orang awam telah dijalankan pada 22hb Mei 2021 oleh MPJL bersama JBPM di sekitar kawasan Bandar Seri Jempol (Tapak Pasar Tani Kekal / Ibu Pejabat MPJL / pasaraya TMG) bermula jam 9.00 malam.

Selain dari kawasan sekitar Bandar Seri Jempol, lokasi program juga dijalankan di kawasan Pekan Rompin (Pasar Awam Rompin / Medan Selera Rompin) dan Bandar IOI (Pasaraya LOTUS).

Orang ramai diingatkan agar sentiasa mematuhi SOP yang dikeluarkan dari semasa ke semasa bagi membendung gejala penularan wabak ini. Jangan keluar jika tiada keperluan dan sentiasa amalkan kebersihan kendiri.

Kerja-kerja sanitasi awam akan dijalankan secara berperingkat yang akan meliputi sekitar Daerah Jempol. Para peniaga dan orang ramai adalah dipohon memberikan kerjasama sepanjang kerja-kerja sanitasi ini berlangsung.

#BersihMuafakatSejahtera

#JempolMajuIndahdanBeradat

#PatuhiSOP