Menerima aduan berkaitan pokok merbahaya di laluan Jalan Meranti. Hasil siasatan mendapati pokok Royal Palm yang telah berusia lebih 20 tahun ini boleh mendatangkan risiko kepada penduduk serta pengguna jalan raya dimana laluan tersebut boleh dianggap laluan utama penduduk. Pasukan MPJL telah mengenalpasti pokok yang berisiko untuk ditebang dan digantikan dengan pokok yang bersesuaian. Selain dari mengindahkan kawasan landskap Taman Meranti dengan suasana baharu, ianya juga dapat mengurangkan risiko kepada orang awam.Terima kasih diucapkan kepada masyarakat setempat yang prihatin berkaitan isu ini dan bersama kita mencegah sebelum terjadinya bencana.
Pada masa yang sama, YM Tn Raja Norazli Bin Raja Nordin turut melawat projek naik taraf longkang berhampiran Pasar Besar Bahau. Kerja-kerja naik taraf dijangka akan siap sekitar Oktober 2021. Orang ramai dipohon memberikan kerjasama sepanjang kerja-kerja ini dijalankan bagi kesejahteraan bersama.






