MENU

Ops Pemantauan Pematuhan SOP Covid-19 yang dijalankan sekitar kawasan Bahau. Operasi yang diketuai oleh YM Raja Norazli Bin Raja Nordin bersama kakitangan MPJL telah memeriksa beberapa premis yang rata-rata mematuhi SOP yang telah ditetapkan. Beberapa teguran telah keluarkan untuk memastikan kelancaran urus niaga serta tahap pematuhan SOP dapat diperkemaskan. Tahniah dan syabas buat warga Jempol yang memberikan kerjasama yang begitu baik dalam mematuhi had masa perniagaan. Orang ramai boleh mengemukakan sebarang aduan berkaitan ketidakpatuhan SOP ke talian hotline IPD Jempol di talian 06-4583449.

#BersihMuafakatSejahtera

#JempolMajuIndahdanBeradat

#kitajagakita

#PatuhiSOP