MENU

Kejohanan Perlumbaan Motocross Jempol 2023 telah selesai berlangsung dengan kerjasama semua pihak. Jutaan terima kasih diucapkan kepada YB Tuan Haji Mustapa Bin Nagoor, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Belia dan Sukan, YB Tuan Mohd Razi Bin Mohd Ali, ADUN Sg Lui, Pegawai Daerah Jempol, seluruh agensi Pentadbiran Daerah Jempol dan Negeri Sembilan, Pihak Masjid,NGO, Persatuan dan semua pihak yang berkesempatan hadir serta turut membantu menjayakan kejohanan ini. Tidak lupa juga kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) dan Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan yang merealisasikan kejohanan ini untuk Daerah Jempol. Sekalung penghargaan buat semua pengunjung dan peserta yang datang memberi sokongan serta memeriahkan lagi kejohanan ini. Mohon maaf kepada semua pihak diatas kekurangan dan kelemahan pihak kami sepanjang penganjuran ini. Terima kasih kepada semua. Sehingga kita bersua kembali di masa akan datang..Insya Allah..