MENU

TAHUKAH ANDA !!

Salah satu punca utama populasi anjing terbiar meningkat adalah disebabkan oleh tiada kawalan ke atas pembiakan anjing.

Anjing yang pada asalnya dipelihara, namun dibuang setelah tua/sakit dan terus membiak menjadi anjing terbiar.

Anjing terbiar bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi mencari makan demi kelangsungan hidup dan mula memasuki kawasan kediaman manusia.

Seekor anjing betina mampu melahirkan anak sehingga 10 ekor dalam satu masa. Jika tidak dikawal, anjing boleh melahirkan anak setiap 4 bulan atau 2 kali setahun.

DEMI MENGAWAL POPULASI ANJING DI NEGERI SEMBILAN, ANDA WAJIB MEMANDULKAN ANJING PELIHARAAN ANDA !!

KEBAJIKAN HAIWAN TANGGUNGJAWAB KITA SEMUA