KEMPEN PREMIS MAKANAN BERSIH PBT 2022
Selain bermatlamat mewujudkan premis makanan/medan selera yang bersih, kempen ini juga ingin menyuntik kesedaran pemilik premis serta orang ramai dalam memulihara alam sekitar melalui Kempen Jempol Bebas Plastik. Bagi pemilik premis, mulakan dengan menukarkan beg plastik sekali guna kepada beg plastik biodegradasi (bahan yang mudah terurai). Orang ramai disarankan untuk membawa beg/bekas makanan sendiri. Mari bersama-sama kita mulakan gaya hidup bebas plastik. Segalanya bermula dari anda!





