Lawatan kerja YB Tuan Wong Kah Woh Timbalan Menteri Pendidikan ke SJK Tamil Ladang ST Helier. Turut hadir sama YB Tuan Teo Kok Seong, EXCO Kerajaan Negeri Sembilan, YB Dato Mohd Zaidy Bin Abdul Kadir, Adun Jeram Padang, YB Dato Haji Shamshulkahar Bin Mohd Deli, Ahli Parlimen Jempol, Tuan Mohd Nazri Bin Mulup, Yang Dipertua MPJL, Barisan kepimpinan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan dan Daerah.
Isu berkaitan bangunan terbengkalai yang menjadi fokus utama lawatan YB Menteri dimana telah terhenti hampir 10 tahun . Pihak YB Timbalan Menteri memberi komitment untuk menyelesaikan isu yang diutarakan oleh pihak sekolah dan pemimpin setempat. Pelbagai aspek perlu diperhalusi dan diteliti bagi meneruskan projek yang terbengkalai ini.