Lawatan pemantauan projek di Taman ACBE serta kerja-kerja pembersihan longkang. Hadir sama YB Tuan Teo Kok Seong, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri merangkap Adun Kawasan Bahau bagi melihat sendiri perkembangan kemajuan projek serta penerangan projek oleh YM Tuan Raja Norazli Bin Raja Nordin, YDP MPJL.
Beberapa kawasan turut dilawati di sekitar Bahau serta mencari jalan penyelesaian yang terbaik untuk menangani isu yang timbul. Beberapa cadangan telah diusulkan serta akan dikaji mengikut kesesuaian demi kesejahteraan bersama.







