LAWATAN PENANDA ARAS KE MAJLIS PERBANDARAN KUALA LANGAT BAGI BANDAR PINTAR JEMPOL 2030
Delegasi MP Jempol telah disambut oleh Tuan Mohd Hasry bin Nor Mohd, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Langat. Lawatan ini bertujuan berkongsi ilmu dan pandangan didalam pelaksanaan program bandar pintar. Pihak MPKL turut berkongsi akan maklumat berkaitan penggunaan teknologi digital dalam perkhidmatan awam. Pihak MPJL turut dibawa melawat ke bilik kawalan CCTV milik MPKL bagi mendedahkan bagaimana kawalan dan pemantauan dilakukan oleh pihak MPKL.
Diharap melalui sesi pertukaran ilmu dan pandangan ini dapat menyumbang kepada peningkatan kecekapan tadbir urus kedua-dua agensi dalam membangunkan bandar yang lebih inklusif dan maju.
#mpjempol #mpjl #jempolmajuindahdanberadat #bandarpintarjempol








