Adalah dengan ini, dimaklumkan bahawa Majlis Perbandaran Jempol melalui Ops Ternakan Terbiar yang dijalankan pada 12.05.2025 telah menangkap satu (1) ekor lembu di lokasi iaitu Jalan Bahau - Kemayan di bawah Enakmen Melarang Kerbau dan Lembu Dalam Kawasan- Kawasan Larangan 1971.
Kepada sesiapa yang ingin menuntut mana-mana haiwan ternakan ini, boleh membuat tuntutan di Pejabat Majlis Perbandaran Jempol dalam tempoh masa tujuh (7) hari bermula 13/05/2025 sehingga 19/05/2025. Sekiranya tiada tuntutan dibuat, haiwan berkenaan akan dilupuskan.
“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGERA”
“BERSIH . MUAFAKAT . SEJAHTERA”
Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Jempol
#mpjempol #mpjl #ops #operasi #jempolmajuindahdanberadat #ternakanterbiar







