Perbincangan berkaitan isu anjing bersama Persatuan Penyelamat Haiwan Terbiar Bahau, Daerah Jempol yang diwakilii oleh Ybhg. Dato' Manickam a/l Letchuman dan Puan Ng Poh Ling. Perbincangan ini dipengerusikan oleh Ybrs Puan Nawal Binti Mohamed Amin selaku Yang Dipertua MPJL dan turut dihadiri oleh Pejabat Veterinar Daerah Jempol. Sebidang tanah berkeluasan 1 ekar telah diluluskan oleh pihak Kerajaan Negeri bagi tujuan ini yang mana akan dijalankan kerja-kerja pembersihan dan penyediaan infrastruktur asas yang akan dilakukan secara usahasama dengan pihak NGO bagi menyelesaikan secara berperingkat isu berkaitan anjing.