MENU

Perhimpunan pagi Majlis Perbandaran Jempol yang dirasmikan oleh Tuan Mohd Nazri Bin Mulup, Yang Dipertua MPJL. Ucapan penghargaan dan terima kasih dirakamkan kepada seluruh warga kerja MPJL diatas segala usaha dan komitment dalam pencapaian tahun 2024 dan segala perancangan untuk tahun 2025 haruslah diperkemaskan dan diperkasakan bagi mencapai objektif yang disasarkan. Warga kerja turut diingatkan untuk terus menyemai nilai-nilai integriti dan bekerjasama dalam sebuah pasukan dalam menggalas tugasan yang diberikan. Terima kasih kepada semua warga Daerah Jempol yang sentiasa prihatin dan memberikan kerjasama yang jitu dalam membangunkan daerah tercinta ini.