-Sesi Lawatan Kerja dari Majlis Daerah Bera-
Jempol, 19 November 2024 - Majlis Perbandaran Jempol telah menerima kunjungan dari Majlis Daerah Bera yang diketuai oleh Sr Azhar bin Abdul Rafar, Ketua Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta bersama-sama dengan 9 orang pegawai yang lain dari Jabatan Perancang, OSC dan Kejuruteraan.
Lawatan ini bertujuan untuk berkongsi mengenai pengenaan caj pemajuan di MPJL dan taklimat telah disampaikan oleh Bahagian Perancang Bandar & Desa dan Bahagian Penilaian & Pengurusan Harta. Melalui sesi ini pihak MPJL dan MDB dapat berkongsi pandangan dan idea bagi menambah baik mutu perkhidmatan kedua-dua agensi.
#mpjempol #mpjl #jempolmajuindahdanberadat #mdbera